Kutipan tol Lebuhraya Dash bermula tengah malam ini….

828

Kutipan tol di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bermula jam 12.01 tengah malam pada Khamis, selepas lebih sebulan dikecualikan bayaran.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) mengatakan kerajaan sebelum ini mengumumkan lebuhraya sepanjang 20.1km itu dibuka kepada pengguna secara percuma selama 48 hari bermula 14 Oktober sehingga 30 November 2022.

Justeru, kadar bayaran yang sama seperti sebelum ini akan dikenakan kepada pengguna melalui ketiga-tiga plaza tol lebuh raya berkenaan iaitu Plaza Tol Denai Alam, Plaza Tol RRIM (Kwasa Damansara) dan Plaza Tol Kota Damansara susulan tempoh pengecualian telah tamat.



Berikut kadar tol Lebuhraya Dash mengikut kelas kenderaan:

  • Kereta (kelas pertama):RM2.30
  • Lori (kelas dua): RM4.60
  • Treler (kelas tiga): RM6.90
  • Teksi (kelas empat): RM1.20
  • Bas (kelas lima): RM2.30
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here