Perodua Aruz ‘KAKI JANDA’ pusing satu KL

7224

Seorang pengguna TikTok berkongsi sebuah Perodua Aruz yang diconteng dengan beberapa perkataan dipandu sekitar Kuala Lumpur.

Akaun TikTok @niezzam222 itu menunjukkan Perodua Aruz berwarna putih itu dipenuhi dengan perkataan ‘makian’ meminta pemilik kenderaan pulang segera ke rumah.

@niezzam22

penuh dah satu kereta..kalau tak insaf gak tak tau la bang๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ#janda #jandamuda #isteri #isterisolehah #abang #abanglori #kantoi #peroduaaruz #fypdongggggggg #fyp #fypgakni #bajetviral #pewangikeretaviral #fypใ‚ท #suamiistri #suami #suamiistribahagia

โ™ฌ Perawan atau Janda – TSG โญ MRโญAL



Antara tulisan yang boleh dilihat pada badan MPV tersebut adalah ‘kaki janda’, ‘jantan tak guna’, ‘balik rumah dan ‘setan’.

Perkongsian video tersebut mengundang tawa dalam kalangan netizen bahkan ada yang berkongsi sudah melihat tiga konten berkaitan Aruz berkenaan di TikTok.ย 

Bahkan salah satu video menunjukkan pemandu Aruz tersebut menurunkan cermin lalu memarahi perakam sekitar Jalan Bukit Bintang.

Ada yang beranggapan tulisan tersebut menggunakan pelekat kerana saiznya yang sama dan kemas.

@wak_obess2

Sendiri yang salah orang lain dimarahnye.. hahaha #janda #Jantantakguna #TGF #foryou #fypใ‚ท #fypใ‚ทใ‚šviral #fyp #foryoupage

โ™ฌ suara asli – ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ๐Œ๐š๐ณ๐ฌ๐ž๐ก๐ก ๐„๐ฏ๐š๐ง๐Ÿฆ – ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ๐Œ๐š๐ณ๐ฌ๐ž๐ก๐ก ๐„๐ฏ๐š๐ง๐Ÿฆ

Selain itu, ada juga mengandaikan MPV itu merupakan kenderaan syarikat kerana terdapat pelekat Maha Karya dan hanyalah sebahagian daripada pemasaran.

Netizen juga melontarkan komen gurauan meminta pemilik kenderaan segera pulang ke rumah dan menasihatinya menghantar kenderaan untuk cat baharu.

“Aku tak dapat bayangkan, camne dia gi isi minyak kat pam petrol.. sama ada pakai mask, atau topeng ultraman.

“Aib dia satu malaysia dah tau.”

“Kalau die terus hantar polish keta mungkin tak jadi camni..ni siap pusing kl memang saja mintak kene record la kot.”

“Harap pejuangan dia tak terbantut di sebabkan art camtu..teruskan perjuang nasib janda bang…”

ย 

ย 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here