Ubahsuai ekzos, polis sita 35 kereta dan 10 motor

3052

Sebanyak 35 kereta dan 10 motosikal disita Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dalam Operasi Halangan dan Samseng Jalanan pada 3 dan 4 Disember lalu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata operasi berkenaan bermula jam 2 pagi dan berakhir 4 pagi sekitar Kuala Lumpur yang mana sebanyak 397 saman dikeluarkan. 



“Kenderaan tersebut disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas kesalaha ubahsuai struktur kenderaan (ekzos). 

“Kenderaan yang disita akan diambil tindakan dan pemeriksaan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta diarahkan mengubah ke struktur asal sebelum dikembalikan kepada pemilik kenderaan,” katanya.

Sementara itu, pihak berkuasa menahan tiga penunggang motosikal berusia 15 hingga 19 tahun yang menunggang dalam keadaan merbahaya dan melakukan aksi zig-zag, roket, dan superman serta bersaing, dalam Operasi Samseng Jalanan di Lebuhraya DUKE.

Kesemua  mereka akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga menggangu pengguna jalan raya lain. 

Dalam operasi yang sama, satu tangkapan telah dilakukan terhadap penunggang motosikal berusia 18 tahun yang telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan akan dituduh di bawah Seksyen 108(3)(e) APJ 1987.

“JSPT Kuala Lumpur akan terus mempertingkatkan operasi di hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here