Aprilia Tuono 660 Factory sudah ada di pusat jualan, harga RM74k

650

Didi Group rasmi memperkenalkan Aprilia Tuono 660 Factory ke pasaran tempatan. Versi Factory merupakan produk andalan yang didedikasi buat penunggang yang menghargai kualiti peralatan paling canggih.

Dengan tersedianya versi Factory buat Tuono 660 menjadikan ia jentera dengan kualiti prestasi tiada tandingan, efisien dan mudah dikendalikan di jalanan.



Dijual pada harga RM73,900, ini informasi ringkas tentang Aprilia Tuono 660 Factory (2022):

  • Enjin generasi terkini lebih ringan 660cc DOHC 4-injap per silinder daripada enjin RSV4 didatangkan dengan mounting lengan ayun aluminium di bahagian belakang. Pembakaran asimetrik dengan crank pin 270 darjah diterjemahkan ke dalam kinerja dan suara mirip V-Twin.
  • Kuasa maksimum ditingkatkan dari 95hp kepada 100hp. Bahkan enjin tersebut menawarkan pecutan yang lebih berkuasa berkat penggunaan pacuan akhir lebih pendek dan gear pinan 16-gigi (satu gigi lebih rendah daripada Tuono 660).
  • Tork maksimum masih kekal 67Nm @ 8500rpm yang mana 80 peratus antaranya tersedia pada takat 4,000rpm atau 90 peratus mencapai 6,250rpm. 
  • Sportbike tersebut menerima rangkaian lengkap kawalan elektronik APRC dengan Ride-by-Wire dan platform inersia (IMU) enam Axis sebagai standard.
  • Casis 660 Factory disokong dengan spesifikasi suspensi depan lebih canggih menerusi fork terbalik USD Kayaba berdiameter 41mm dengan tetapan penuh untuk mampatan bolehubah, redaman melantun dan spring pra-beban.
  • Sementara suspensi belakang menggunakan penyerap hentak Sachs dengan tabung terpisah dan juga memiliki tetapan penuh untuk mampatan bolehubah, redaman melantun dan spring pra-beban.
  • Tuono 660 menggunakan bateri litium ringan yang menyumbang kepada pengurangan berat badan 2kg (181kg) dan juga prestasi enjin lebih baik. 
  • Ada 5-mod tunggangan yang mana tiga untuk jalan raya dan dua di trek. 
  • Ciri peralatan elektronik yang ditawarkan antaranya Aprilia Traction Control (ATC);  Aprilia Wheelie Control (AWC); Aprilia Cruise Control (ACC); Aprilia Quick Shift (AQS); Aprilia Engine Brake (AEB) dan Aprilia Engine Map (AEM).
  • Tuono 660 Factory juga mendapat manfaat dari ABS Cornering multi-Map. Sistem ini mampu mengoptimumkan brek dan intervensi ABS di selekoh.
  • Penggunaan platform inersia juga memungkinkan pengaktifan fungsi ‘lampu lenturan’ yang dimasukkan ke dalam kluster lampu LED depan lengkap dengan lampu nyala siang (DRL) perimeter. Sepasang lampu tambahan ini menerangi seluruh sudut sekaligus meningkatkan jangkauan pandangan penunggang. 

Baca juga >> Aprilia Tuareg 660 lancar di Malaysia, harga pengenalan bermula RM75,900

Baca juga >> Aprilia SR GT 200 – Tawar dua varian, enjin 174cc salur 17hp, jual bermula RM19,900

GALERI

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here