Hong Leong Yamaha Motor (HYLYM) memperkenalkan empat pilihan warna baru moped popularnya menerusi Yamaha Y15ZR.
Moped warna baharu itu mula diedar ke pengedar Yamaha berhampiran bermula hari ini (7 Disember 2022) yang dijual dengan harga cadangan bermula RM8,998 tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Warna baharu itu membabitkan kuning, perak, hijau matt dan oren.
Spesifikasi lain untuk Y15ZR masih tidak sama dengan menggunakan enjin satu silinder SOHC penyejukan cecair 150 cc suntikan bahan api.
Masih mengekalkan kotak gear lima kelajuan yang menyalurkan kuasa 15.5 PS dengan tork setinggi 14.4 Nm tork.
Meter LCD digital dengan padanan lampu utama LED, selain menggunakan rim 17 inci balutan tayar 90/80 di hadapan, manakala belakang bersaiz 120/70.
Setiap pembelian diberikan jaminan dua tahun atau 20,000 km, serta kunci cakera brek yang bernilai RM100 secara percuma.
Untuk makluman pada April lalu, HLYM memperkenalkan empat warna dan corak grafik baharu yang mana harga bermula RM8,498.
Yamaha Y15ZR Kuning
Yamaha Y15ZR Perak
Yamaha Y15ZR Hijau Matt
Yamaha Y15ZR Oren