10th SIBU INTERNATIONAL BIKE WEEK – Meriah,Berdisplin dan Berprinsip

1507

10th Sibu International Bike Week melabuhkan tirai tahun 2022 acara permotoran di Sarawak dengan ‘Meriah,Berdisplin dan Berprinsip.’ 

Tahun 2011, bermula dengan niat mengumpulkan teman sama minat,Razak dan isteri,Siti Khatijah(helen) sekadar berhasrat mengadakan acara ‘Bike Gathering’. 



Atas desakan teman-teman acara tersebut bertukar menjadi lebih ‘havock’ setelah mendapat sambutan pemilik motosikal dari negara jiran.

Bermula detik tersebut acara berkenaan bertukar nama menjadi ‘Sibu Bike Week.’

Saban tahun acara perhimpunan motosikal di bumi Sibu berjaya mengandakan kehadiran pemilik serta peminat dari seluruh pelusuk tanah air.

Malah peningkatan kehadiran pemilik motosikal dari negara jiran begitu ketara.Antaranya Brunei,Indonesia,Thailand dan Filipina.

Sambutan Ulangtahun Ke 10 Sibu International Bike Week yang sepatutnya diadakan pada tahun 2020 terpaksa ditunda ke tahun ini.

Gejala Covid – 19 membantutkan segala perancangan. Penganjur akur dengan arahan semasa.

Terserlah Kemeriahan disepanjang 3 hari acara berlangsung. Pengisian program yang padat bagi menambat hati pengunjung terhidang.

Elemen ‘Displin’ diterapkan oleh penganjur sempena sambutan Ulangtahun Ke 10 penganjuran acara yang berprestij ini.

Antaranya persembahan nyanyian hanya dibenarkan sehingga jam 11 malam . Laluan motosikal dilencongkan sehala di dalam tapak acara. Parkir mengikut sapa terdahulu.

Terlihat oleh kami akan ‘Prinsip’ yang ditonjolkan oleh penganjur. Menghormati pengunjung.

Prinsip ini menampakkan seolah-olah penganjur berterima kasih kepada pengunjung yang hadir.

Perubahan paling ketara iaitu hanya pengunjung yang berdaftar sahaja dibenar membawa masuk motosikal dan parkir didalam kawasan tapak acara.

Sementara bagi pengunjung yang tidak berdaftar,motosikal mereka tidak dibenarkan parkir didalam tapak. Namun diri mereka bebas untuk masuk tanpa sebarang halangan.   

Mengawal Pencemaran Udara dan Bunyi. Jelas kekangan kepada motosikal yang parkir didalam tapak acara telah mengurangkan pencemaran udara serta bunyi.

Asap motosikal dan bising ngauman ekzos telah berjaya dihadkan sepanjang acara berlangsung.

Apa formula kejayaan Sibu International Bike Week sehingga mampu bertahan selama 10 tahun?

  1. Kepercayaan dan Hormat. Kedua figura Sibu International Bike Week ini menjadikan prinsip berkenaan tunggak dalam melahirkan kejayaan acara.

    Bagi mereka semua pemilik motosikal adalah potensi sebagai kawan. Hormat sesama          bikers akan menambahkan lagi kemesraan disamping berkongsi minat yang sama.

2. Perubahan Lanskap. Perubahan ini tidak hanya tertumpu kepada aturcara dan susunatur      kemah tapak penganjuran.

   Tetapi ianya juga difokuskan kepada sebarang isu mutakhir berhubung penganjuran           perhimpunan motosikal di seluruh Malaysia.

3. Pendekatan Penambahbaikan Terbuka. Apa jua idea serta pelbagai rungutan dari                pengunjung didengari,dikaji dan secara teknikal diperbaiki.

4. Membina Rangkaian. Mengeratkan silatulrahim dengan presiden-presiden kelab                  motosikal baik dari dalam negeri mahupun luar negara.

    Menyantuni mereka tanpa mengira penat lelah demi kejayaan Sibu International Bike          week. 

5. Pendekatan Terhadap Bikers Secara Inklusif. Penerapan berkonsepkan meramaikan            kawan.

    Mendengar masaalah dan halangan yang dilalui sewaktu menuju ke acara                          Sibu International Bike Week.

Pihak kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan penganjuran acara permotoran yang terbukti menjana ekonomi penduduk setempat.

“Sepuloh tahun Sibu International Bike Week bertahan,prestasinya bertambah baik saban tahun.Ribuan pengunjung luar berjaya digamit ke bumi Sarawak.”

Itu antara intisari ucapan ringkas oleh Menteri Pelancongan,Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah sewaktu peresmian.

“Menganjurkan acara perhimpunan motosikal ibarat marathon,jika garisan penamat terasa dekat itu kejayaan,jika kita terasa garis penamat terlalu jauh maka berkuburlah acara,” jelas Razak yang juga pengasas Razz Chopper Malaysia.

Persembahan nyanyian artis veteran Tia Jinbara telah berjaya memukau ribuan penonton dengan lagu-lagu 80an.

Sempena sambutan Ulang Tahun Ke 10 Sibu International Bike Week, penganjur mengadakan kejutan iaitu penghargaan kepada vendor.

Cikgu Mie Kelate, seorang vendor yang tidak serik berniaga di acara berkenaan bermula dari tahun pertama sehingga kini.

Sementara pertandingan motosikal Custom diadili oleh juri yang mencipta nama di pertandingan AMD Custom Bike Di Jerman iaitu Omar Jumiran. 

Tidak dinafikan acara Sibu International Bike Week layak untuk diklasifikasikan acara perhimpunan motosikal peringkat antarabangsa.

Keabsahannya setiap tahun peningkatan pengunjung dari luar negara bertambah,bukan hanya dari negara Asean,ketara muka-muka baru terserlah bagai cendawan tumbuh.

 

Galeri 10th Sibu International Bike Week -2-4 Dis 2022

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here