WMOTO XDV 250i: 10 perkara yang anda perlu skuter adventure 250cc ini, harga RM18,888

4369

MForce Bike Holdings Sdn Bhd melancarkan skuter adventure bersesaran 250 cc, WMOTO XDV 250i 2023 ke pasaran tempatan secara rasmi.

Kehadiran motosikal itu boleh dikatakan sangat sesuai kerana pasaran skuter adventure nampaknya semakin mula diterima oleh masyarakat Malaysia.

Jentera ini menambah lagi portfolio skuter sedia ada daripada WMoto selepas menawarkan RT3, ES250i, ES125 dan Extreme 150i.



Untuk makluman, jentera berkenaan adalah model rebadge Longjia XDV 250Si yang sudah pun dijual di China. 

Ini fakta yang anda perlu tahu tentang WMOTO XDV 250i:

  1. Ditawarkan dengan dua varian iaitu Standard dan Project X. Perbezaan ialah varian X dipasang dengan kotak penyimpanan barang, rim lidi dan visor boleh diubah ketinggiannya.
  2. Dijana enjin silinder tunggal bersesaran 244.3cc dengan sistem penyejukan cecair yang dipadankan dengan transmisi automatik CVT. 
  3. Enjin itu mampu menjana kuasa mencecah 24hp pada 9,750rpm dan tork 23Nm pada 6.750rpm, selain mematuhi piawaian Euro 4. 
  4. Dengan berat sekitar 159kg, motosikal itu boleh memecut sehingga 130km/j. 
  5. Suspensi hadapan menggunakan fork USD 37mm, manakala penyerap hentak tunggal di belakang jenama Kayaba.
  6. Sistem hentiannya menggunakan brek bersama angkup J.Juan dengan rotor bersaiz 240mm di depan dan 220mm di belakang. Ia turut dilengkapi sistem brek ABS dua saluran.
  7. Kemudahan lain, ia mempunyai yang luas di bawah tempat duduk berkapasiti 26 liter (satu boleh letak helmet penutup penuh), selain memiliki tangki sebesar 13.5 liter di samping slot pengecasan USB, paparan skrin berwarna LCD yang memaparkan tekanan tayar, jam dan banyak lagi, selain penghadang angin yang boleh dilaras.
  8. Ciri lain ia didatangkan lampu LED depan dan belakang, lampu kabus dan keyless, tempat letak kaki aluminium.
  9. Pemegang handle yang boleh ubah untuk memberi keselesaan kepada penunggang, suis buka pelana pada handle kanan.
  10. XDV 250i 2023 dijual bermula RM18,888 untuk varian Standard, manakala Project X berharga RM21,888.

Galeri Gambar

WMOTO XDV 250i Project X

1 KOMEN

  1. X project mmg cantik..rim pun nmpak gahđź‘Ťđź‘Ťđź‘Ť..cuma tak minat top box dan side boxnya…harga akan kurang ke klau tak ada top box n side box tu??

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here