DRB-Hicom perkenal Polestar 2 kepada Tun Mahathir, bakal masuk Malaysia?

1345
Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi di akaun Facebook menerima kunjungan daripada DRB Hicom yang memperkenalkan SUV elektrik Polestar 2 kepada beliau.
 
“Pada pandangan saya dari segi rekabentuk, kereta ini amat canggih. Kereta ini tiada tempat simpan enjin yang besar, sebaliknya ia dijadikan tempat penyimpan barang.
 
“Ciri-ciri reka bentuk dalaman juga kemas dan futuristik, di mana segala kawalan dan tetapan boleh dibuat dengan sentuhan ’tablet’. Sudah tidak ada lagi suis atau tombol di dashboard seperti kereta biasa.
 
“Saya harap pihak PROTON dapat majukan projek sebegini supaya satu masa nanti PROTON juga dapat keluarkan kereta elektrik tersendiri,” tulis  beliau. 
 
Selain itu, Mahathir Mohamad juga menjelaskan walaupun kebanyakan kerajaan memberi insentif pada kereta elektrik namun perlu diingatkan bekalan elektrik daripada stesen janakuasa menyumbang kepada pencemaran udara.
 
“Saya dapati di masa hadapan kenderaan sebegini menjadi pilihan kerana kurang pencemaran. Kereta elektrik belum sampai lagi ke tahap bebas pencemaran udara.
 
“Akhirnya mungkin kita terpaksa guna kereta hidrogen, itupun terdapat juga masalah lain yang perlu diuji dan diselesaikan. Sementara itu, untuk bersihkan iklim dalam bandar, kereta elektrik masih menjadi pilihan,” jelasnya. 
 

Jenama Polestar dikenali sebagai pengeluar kenderaan lumba Volvo sejak 1996 sama seperti Mercedes-AMG dan BMW M.

Selepas sekian lama vakum jenama itu kembali semula sebagai jenama bebas dengan kerjasama Volvo dan Geely.

Baca juga >> Pemilik Polestar 2 terkejut perlu bayar sekali ganda harga kereta ganti bateri baharu



Sebenarnya Polestar 2 sudah mendarat di pasaran tempatan menerusi wakil jualan kenderaan AP. Polestar 2 dibangunkan berasaskan platform yang sama dengan Volvo XC40 yang mana dijana oleh dua motor elektrik.

Ia menghasilkan kuasa 402hp dan isian bateri penuh menawarkan jarak perjalanan sejauh 400km. Sementara pecutan dari 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 4.5 saat dengan kelajuan maksimum 204kmj. 

Harga jualan model tersebut dianggarkan bermula dari RM420,000 dan cukai jalan sekitar RM5,000 setahun.

Baca juga >> Harga Volvo Polestar 2 di UK didedah – RM258k untuk First Edition

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif Polestar, Thomas Ingenlath pernah mengeluarkan kenyataan percaya bahawa jenama Polestar mampu bertindak sebagai salah satu pesaing rapat kepada Porsche pada masa akan datang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here