“Berbulan rosak, lepas campur tangan menteri eskalator terus OK,” netizen

1145

Pengguna Twitter berkongsi rasa kagum apabila pihak pengurusan tren melakukan baik pulih kerosakan dengan pantas di pelbagai stesen seperti monorel Bukit Bintang, LRT KLCC dan stesen monorel di Kuala Lumpur.

Kerosakan yang berbulan lamanya dibaiki dalam tempoh yang singkat sehinggakan warga netizen menulis komen berbau sindiran terhadap pihak pengurusan yang kemungkinan bimbang kehilangan pekerjaan. 



“Boleh sahkan. Satu lagi eskalator rosak di stesen berhampiran saya dan dan alat ganti muncul dalam masa seminggu. Eskalator rosak sebelum ini?, tiada tindakan diambil selama 10 bulan berturut-turut. Hanya perubahan tarikh notis pada hujung setiap bulan,” tulis Likweis.

“Dengar citer, tetiba ada fund, tetiba ada spare part, tetiba semua eskalator tengah ganti dengan laju……Merata rata tengah pasang. Ada yang takut HILANG JAWATAN KE TU? Baru nak kelam kabut bila @anthonyloke masuk?,” balas Dean of Deen.

Bahkan, seorang pengguna Twitter juga ‘terkejut’ apabila eskalator di KLCC berfungsi dengan baik selain tidak dapat menerima alasan kelewatan ketibaan alat ganti dari China membuatkan urusan baikpulih tergendala. 

Dah 2022,di Lembah Kelang pulak tu, takkan la nak repair eskalator makan masa berbulan bulan. Takde vendor tempatan supply spare part ke? Spare part kena import dari China? Kalau sistem perolehan lambat,percepatkan lah. Come on Prasarana. Nasib baik kerajaan bertukar,” tulis Joe Reacher. 

Beberapa netizen juga memuji ‘campur tangan’ segera Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjadikan segala masalah dapat diatasi dengan segera.

Sebelum ini, pihak Rapid Rail menyatakan kumpulan pertama alat ganti akan tiba pada Oktober diikuti pertengahan November bagi kumpulan kedua dan ketiga pada Disember.

Baca juga >>  Anthony Loke: Isu kualiti pelekat cukai jalan, perubahan besar akan dijalankan 2023

Kemungkinan alat ganti yang ditempah oleh Rapid Rail daripada pengeluar asal (OEM) di Shanghai, China telah tiba dan membolehkan pembaikan segera dijalankan. 

Secara keseluruhan, Rapid Rail menempah 87 unit susur tangan dan 37 unit rantai eskalator untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here