Perodua Myvi terbabas rempuh Toyota Hilux, dua maut

637

Dua lelaki maut selepas kereta yang dinaiki merempuh sebuah trak pikap selepas terbabas di KM56, Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Ladang Serasa, Gua Musang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, pemandu kereta jenis Perodua Myvi, Mohd Nurhisyam Hilmi Abdul Rahim, 37, dan penumpang depan, Mhd Zulkanain Aziz, 35, meninggal dunia di lokasi kejadian apabila mereka tercampak keluar dari kereta.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi penumpang menaiki kereta tersebut sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu menuju ke Gua Musang.



Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai terbabas ke kiri jalan sebelum pemandunya mengawal kereta untuk naik semula ke atas jalan raya.

“Ekoran keadaan yang tidak terkawal, kereta itu merempuh sebuah pikap jenis Toyota Hilux yang dinaiki empat orang mangsa yang datang dari arah bertentangan.

“Insiden itu menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kereta sebelum terjatuh ke dalam longkang di sebelah kiri jalan,” katanya.

Menurut Choon Foo, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here