Mat saleh dapat EX-5 sewa ‘uzur’ di Langkawi, asal boleh jadi ‘duit’…

1398

Pelancong asing yang bercuti di negara Asia Tenggara kebanyakan memilih motosikal untuk bersiar-siar sekitar kawasan pelancongan.

Begitu juga di Langkawi yang mana rata-rata mat saleh memilih roda dua sebagai pengangkutan bergerak sekitar pulau berkenaan. 



Kebanyakan mat saleh lebih selesa menggunakan skuter berbanding motor gear manual. Tetapi lain pula yang terjadi bagi kedua pasangan pelancong ini yang memilih Honda EX-5.

Lebih menyedihkan kondisi motosikal tersebut tidak layak untuk disewakan. Menerusi imej yang dikongsi Facebook Langkawi kini menunjukkan nombor plat EX-5 yang tidak lengkap hanya tinggal huruf K dan N.

Bahkan, bunga tayar juga botak, tempat duduk bahagian depan koyak dan tiada pemijak kaki untuk penumpang belakang. 

Ada yang berpendapat kebarangkalian pelancong tersebut ingin mendapat kadar sewa yang murah kerana itulah mereka menerima motor sedemikian rupa. 

Bagaimanapun, seharusnya motor tersebut tidak layak untuk diberikan sewa walaupun grafik pada badan EX-5 tersebut sudah cukup ‘gempak’ dengan imej kad daun terup dan acah petir. 

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen antaranya:

“Mat saleh tu kena taw ex5 adalah jentera terhebat di Malaysia. Bila jatuh kena bangun dan teruskan perjalanan mcm biasa.”

“Dia betul-betul ni nak menikmati kehidupan local..”

“Die 2 je…samada mat salleh kedekut atau owner moto tgh sengkek asal jadi duit sudah.”

“Bkn naya, mat saleh backpackers ni kadang nk nk cari ap2 hat plg murah. Kalau boleh x mau keluaq duit lgsg. Ad ja moto elok2 orang nk bg sewa.”

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here