Honda Malaysia menyerahkan pemilik pertama Civic e:HEV RS, Chin Kok Fung yang diadakan di pengedar sah Honda, MH Prestige Auto Sdn Bhd.
Sebagai tanda penghargaan daripada Honda Malaysia, Chin menerima aksesori Honda dan barangan Rasmi Honda bernilai RM4,000.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, ini adalah kali pertama Civic diperkenalkan dengan rangkaian kuasa 2.0L e:HEV, ini pastinya satu lonjakan ke hadapan dalam usaha untuk menawarkan teknologi hibrid paling canggih kepada rakyat Malaysia.
“Sehingga kini, kami Sudah menyampaikan lebih 180 unit Civic e:HEV RS kepada rakyat Malaysia dan hari ini kami meraikan peristiwa yang tidak dapat dilupakan itu bersama pemilik pertama iaitu Chin Kok Fung.
“Selain itu, kami Mahu merakamkan ucapan terima kasih kepada pelanggan yang memberikan sokongan dan kepercayaan kepada jenama Honda.
Sementara itu Chin berkata, apabila Honda memperkenalkan rangkaian kuasa 2.0L e:HEV, dia serta-merta kagum dengan teknologi dan prestasi yang ditawarkannya.
“Saya tidak sabar untuk merasai keseronokan memiliki teknologi e:HEV yang menarik ini dan untuk menguji potensi kereta itu,” katanya.
Civic e:HEV RS menawarkan reka bentuk sporty dengan gaya RS dengan tambahan Lampu Depan Sisipan Cincin Chrome dan Gril Hadapan, Pemegang Pintu Chrome Half Hitam, roda aloi Dwi Nada 18-inci.
Jentera itu menggunakan enjin 2.0L e:HEV yang menggabungkan dua motor elektrik digabungkan dengan transmis e-CVT dan Unit Kuasa Pintar (IPU), memberikan output 184PS dan tork 315Nm.
Baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut Honda Civic e:HEV RS: