Banjir Terengganu: Kekurangan aset sukarkan pasukan penyelamat ke lokasi

682

Polis Kontinjen Terengganu mengakui pihaknya kekurangan aset yang boleh digunakan bagi membantu mangsa banjir terutama pengangkutan bagi kerja memindah dan menyelamat penduduk ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata keadaan banjir yang semakin buruk di Terengganu sekarang, menyebabkan pihaknya perlu melakukan kerja menyelamat dengan segera bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.



Beliau berkata, buat masa ini, selain menggunakan aset sendiri dari Terengganu, pihaknya turut memohon bantuan aset daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Simpanan Persatuan (PSP).

“Bagaimanapun, ia masih tidak mencukupi lagi, malah kita dimaklumkan pihak Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu akan memohon daripada Putrajaya bantuan segera dari segi aset jentera berat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here