Bengkel terbakar, enam buah Yamaha RX-Z hangus

934
Akaun Facebook Yamaha RXZ Members-Official berkongsi insiden sebuah bengkel di Semanggol, Perak terbakar.
 
Menerusi perkongsian itu menjelaskan sebanyak enam buah RX-Z hangus terbakar di samping 57 buah motosikal pelbagai model termasuk alat ganti yang lain.
 
Bagaimanapun tidak diketahui punca kejadian namun hantaran tersebut meminta individu yang berbesar hati menyalurkan sumbangan bagi membantu pemilik bengkel berkenaan.
 
Berdasarkan perkongsian Arena Motor, pemilik bengkel berada di luar kawasan. Sementara isterinya ketika kejadian berada di tingkat atas bengel.
 
Dia terdengar bunyi letupan di bahagian bawah (bengkel) dan mendapati api sudah marak ketika turun.
 
Sementara itu, isteri kepada salah seorang pemilik motor RX-Z yang menggunakan akaun Facebook CT Aida Hashim berkongsi menerima panggilan tentang kejadian pada jam 7.30 pagi.
 
“Rasa macam-macam dapat berita bengkel kawan kami terbakar, paling menyedihkan moto suami dalam bengkel dan total lost.
 
“Aku sendiri tengok dari awal moto tu wujud dalam family kami sampai sekarang, struggle untuk siapkan.
 
“Duit abis banyak. Lepas settle makan kenduri terus gerak balik Perak sebab hati suami memang tak tenang terbayang RXZ dia. Memang dua tiga hari ni rasa tak berapa syok,” tulisnya. 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here