Kapal layar Puteri Mahsuri terputus sauh hanyut di Langkawi

1309
Kapal layar Puteri Mahsuri bersama empat kru warga Myanmar termasuk nakhoda hanyut kira-kira 60 batu nautika ke arah sempadan Malaysia- Thailand. 
 
Posisi terakhir kapal layar berkenaan sebelum insiden adalah di 14 batu nautika Barat Pulau Rebak, Langkawl dan dipercayal hanyut akibat rantal sauh terputus sewaktu bersauh di perairan berkenaan. 
 
Dalam kejadian itu, kapal layar Puteri Mahsuri yang telah lama bersauh di perairan Langkawi mengaktifkan sistem isyarat kecemasan dan diterima oleh Pusat Operasi Mawila 3 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
 
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melalui Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi dikatakan menerima panggilan tentang kapal hanyut itu daripada Pusat Operasi Mawila 3 TLDM pada kira-kira jam 8.00 pagi tadi.
 
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksmana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan Operasi CARILAMAT pada jam 10 pagi untuk mencari dan memberi bantuan sewajarnya.
 
Kapal layar yang hanyut sejak 19 Disember itu berjaya dijumpai selepas empat jam  operasi diaktifkan hasil tindakan pantas daripada kesemua agensi terlibat.
 
Posisi kapal layar tersebut dikesan di posisi 37.5 Batu Nautika, Barat Laut Pulau Perak pada jam kira-kira 12 tengah hari dan dibawa pulang ke Langkawi kerana mengalami kerosakan. 
 

SUMBER: FB TLDM | FB APMM



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here