Proton hantar 1,000 unit kenderaan ke Afrika Selatan, X50 dan X70 makin popular

512

Selepas dua bulan kembali semula secara rasmi ke pasaran Afrika Selatan, pengeluar kereta nasional, PROTON bertapak kukuh di Rainbow Nation itu hasil populariti Proton X50 dan Proton X70.

Sehingga kini, PROTON sudah menghantar 1,000 unit kenderaan Proton ke sana untuk memenuhi permintaan kukuh dalam pasaran. 



Pengarah Jualan Antarabangsa, PROTON, Steven Xu berkata, penjualan pantas kenderaan di Afrika Selatan adalah bukti daya tarikan Proton sebagai jenama, dan rangkaian model kepada pembeli kereta di sana. 

“Kami mempunyai hubungan kerja yang kukuh dengan Kumpulan CMH, dan mereka Sudah mengendalikan banyak aktiviti untuk memberikan peluang kepada seramai mungkin warga Afrika Selatan untuk merasai rangkaian model-model semasa,” katanya.

Berehat selama 10 tahun pasaran Afrika Selatan

Misi syarikat untuk kembali ke pasaran di sana selepas berehat selama 10 tahun bermula apabila ia melantik CMH Group sebagai pengedarnya untuk Afrika Selatan pada bulan April 2022. 

Penghantaran pertama kenderaan yang terdiri daripada Proton X50 dan Proton X70 berlaku pada bulan Mei 2022, manakala pelancaran semula jenama dan produk berlangsung pada 14 September 2022. 

Sejak itu, CMH meluaskan rangkaian pengedaran secara berperingkat untuk meningkatkan akses kepada pasaran sambil turut aktif mempromosikan kenderaan Proton di media sosial.

Pada masa ini, hanya SUV Proton ditawarkan di negara itu, dan Proton Saga akan menyertai pada 2023. 

Jualan eksport terus menunjukkan aliran pertumbuhan pada 2022 

Selepas beroleh volum yang berganda pada tahun 2021, jualan eksport PROTON terus berkembang pada tahun 2022. Jumlah eksport sehingga akhir bulan November berjumlah 5,028 unit dan dengan baki satu bulan sebelum tahun ini berakhir, Bahagian Jualan Antarabangsa syarikat yakin akan dapat membesarkan lagi nombor itu. 

Pakistan kekal sebagai pasaran terbesar dengan 2,610 unit setakat tahun ini. Afrika Selatan adalah yang kedua terbesar dari segi jumlah walaupun merupakan tambahan baharu ke dalam senarai eksport, manakala Brunei Darussalam menduduki tempat ketiga. 

Bagi kedudukan model, Proton Saga kekal sebagai tawaran paling popular, manakala Proton X70 meningkat hampir dua kali ganda jumlahnya tahun ini. Sementara itu, Proton X50 berada di tempat ketiga tetapi meningkat sebanyak tiga kali ganda setakat ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here