Texas terkenal dengan cuaca panasnya, tetapi seperti mana kes tahun lalu negeri tersebut boleh bertukar menjadi lebih sejuk sehingga menyebabkan kemalangan melibatkan 75 kenderaan akibat permukaan jalan dipenuhi ais.
Sementara, hujung minggu lalu Matthew Guthrie mengunjungi kedai H-E-B pada malam Krismas dan mendapati cucian kereta automatik menjadi beku.
Menerusi imej yang dikongsi boleh dilihat ais batu besar tergantung dari siling dan roller berus. Berkemungkinan bahagian paip pecah ketika cuaca sejuk sehingga menyebabkan air mengalir keluar sebelum membeku.
Masih belum diketahui tempoh pusat servis cuci kereta itu akan ditutup tetapi Fox Weather melaporkan suhu serendah -11.1° C di tengah Texas yang mana jauh di bawah purata.
Bagaimanapun situasi itu turut terkesan di kawasan lain misalnya Buffalo, New York yang dilanda salji setebal 50-inci.
Manakala di New Jersey sebahagian kereta terbungkus ais selepas Sungai Hudson melimpah manakala di Indianapolis, seorang wanita memandu di terusan beku sebelum terjun ke dalam air.
Di tempat lain, terdapat banyak kemalangan yang berlaku disebabkan oleh jalan licin dan keadaan hampir putih.
View this post on Instagram