Suami tertinggal isteri 150km lepas buang air kecil

595

Seorang lelaki di Thailand secara tidak sengaja meninggalkan isterinya selepas berhenti sebentar menggunakan tandas pada malam Krismas.

Boontom Chaimoon dan isterinya Amnuay Chaimoon berangkat pulang ke kampung halaman mereka di wilayah Maha Sarakham untuk menghabiskan tahun baru.



Ketika dalam perjalanan pasangan itu berhenti sebentar untuk menggunakan tandas pada jam sekitar 3 pagi.

Boontom, 55 keluar dari kenderaan dan mengambil keputusan untuk membuang air kecil di tepi jalan. Sementara, Amnuay mempersoalkan mengapa suaminya tidak berhenti di stesen minyak.

Tanpa sebarang respon daripada si suami, Amnuay mengambil keputusan untuk masuk ke dalam hutan bagi membuang air kecil. Bagaimanapun, lelaki itu tidak menyedari isterinya keluar dari kenderaan lalu meneruskan perjalanan selepas selesai membuang air kecil.

Terkandas dalam kegelapan, wanita itu memutuskan untuk berjalan dan mencari pertolongan. Dia berjalan kira-kira 20km dan sampai ke daerah Kabin Buri pada jam 5 pagi. Tambahan beg tangan dan telefon pintarnya berada dalam kenderaan. 

Tidak lama kemudian, dia menghubungi polis tempatan dan menghubungi telefon miliknya kerana tidak mengingati nombor telefon suami.

Malangnya, panggilannya tidak diangkat. Kira-kira jam 8 pagi, dia dapat menghubungi suaminya dengan bantuan polis.

Ketika itu suaminya sudah berada sejauh lebih 150km dan baru menyedari isterinya tertinggal dan segera berpatah semula.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here