BSH perkenal Wave Alpha (2023) dengan naiktaraf signifikan, harga RM5k

821

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan penambahbaikan signifikan buat model Honda Wave Alpha (2023).

Kini enjin 110cc Wave Alpha mematuhi Euro4 baharu bersama dengan teknologi Programmed Fuel Injection. Janakuasa tersebut menghasilkan kuasa 8.97hp @ 7,500 rpm dan tork 8.67Nm @ 5,500 rpm.

Sementara, kecekapan bahan api kini 70.9km per liter menjadikannya prestasi terbaik dalam kelasnya dari segi penggunaan bahan api.



Ciri-ciri baharu lain yang didatangkan pada Honda Wave Alpha baharu ialah:

  • Reka bentuk baharu ‘Sports Accent’ untuk penampilan yang langsing dan dinamik bersama lampu belakang baharu yang lebih segar
  • Meter kelajuan baharu kini dilengkapi dengan indikator FI 
  • Kapasiti tangki petrol yang lebih besar bersaiz 4.1 liter 
  • Ruang simpanan bawah pelana kini 7.3 liter, dua kali ganda berbanding model sebelumnya

Honda Wave Alpha kini boleh didapati dalam warna Vivacity Red, Pearl Nightfall Blue, dan
Clipper Yellow pada harga RM5,179 bersama waranti kilang dua tahun, atau 20,000km (mana satu tiba dahulu).

GALERI

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here