T20 paling banyak guna nombor plat fancy, liat bayar saman

2539

Berdasarkan survei yang dijalankan oleh Pusat Pentadbiran dan Pengajian Politik (Cent-GPS), sebanyak 56 peratus kesalahan plat kenderaan fancy atau tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilakukan pemilik kenderaan mewah.

Tinjauan umum dan eksperiman sosial itu dijalankan bagi kenderaan nombor plat fancy dan cermin gelap sekitar Lembah Klang sejak Mei lalu. 

Gambar hiasan

“Kami berjaya memerhati sejumlah 1,256 kenderaan di beberapa kawasan utama sekitar Lembah Klang.



“Pasukan Cent-GPS ditempatkan di sekitar ibu kota sewaktu trafik sibuk pada hari bekerja bagi melakukan tinjauan itu.

“Daripada pemerhatian dilakukan, terdapat kenderaan yang mempunyai nombor plat dengan tulisan italic serta tidak langsung mempunyai jarak di antara huruf dan nombor,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan. 

BERIKUT DAPATAN TINJAUAN PENGGUNAAN NOMBOR PLAT FANCY

Spesifikasi nombor plat JPJ
  • 8 % daripada kereta melakukan kesalahan nombor plat kenderaan adalah kenderaan bernilai RM50,000 atau kurang pada harga pasaran.
  • 13 % adalah kenderaan harga antara RM80,000 hingga RM120,000.
  • 13 % lagi adalah kereta harga antara RM120,001 hingga RM160,000.
  • 56 % adalah kenderaan bernilai lebih daripada RM160,000.
  • Pembahagian kepada keluaran pula; 33.4 % adalah kenderaan kontinental, 5 % model Asia (Honda, Toyota, Hyundai dll) dan 15.6 % pula kenderaan lokal majoritinya adalah Proton X70.
  • Daripada semua kesalahan menggunakan nombor plat fancy itu, 58.5 % adalah tergolong dalam kategori pendapatan T20 (kumpulan berpendapatan tertinggi dan pendapatan untuk isi rumah melebihi RM10,971 sebulan).
  • 25.6 % adalah M40 (kumpulan berpendapatan antara RM4,851 sehingga RM10,970) dan 15.9 % golongan B40 (pendapatan isi rumah di bawah RM4,850).

Namun, begitu tidak boleh disimpulkan T20 adalah lebih cenderung melanggar undang-undang spesifikasi nombor plat. Kebarangkalian kereta yang dinilai pada taraf T20  dimiliki individu M40 yang berbelanja lebih untuk bayaran pinjaman bank kereta.

Berdasarkan kajian lebih mendalam sebanyak empat  peratus pemilik nombor plat fancy mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM2,000. Sebanyak 13 peratus mempunyai pendapatan sebanyak RM4,001 hingga RM7,000 sebulan.

“Dengan kereta bernilai lebih RM160,000 mendominasi kedua-dua kategori kesalahan nombor plat fancy dan cermin gelap melebihi had dibenarkan, kita perlu mempersoalkan mengapa masyarakat Malaysia melayan golongan ini dengan lebih keistimewaan,” katanya.

LIAT BAYAR SAMAN

Sebanyak lebih 16,561 pemilik kereta yang menggunakan nombor plat fancy masih gagal menjelaskan saman masing-masing sehingga kini.

Jumlah saman yang dikeluarkan menunjukkan pemilik kereta termasuk kenderaan mewah masih ‘degil’ dan angkuh terhadap peraturan ditetapkan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, berlaku peningkatan saman dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Berbanding tempoh sama pada 2021, sebanyak 9,174 saman belum dijelaskan daripada 25,670 saman yang dikeluarkan sejak awal Januari 2022.

“Pelbagai kesalahan dikesan antaranya menggunakan huruf sehingga mewujudkan perkataan pada plat nombor pendaftaran selain nombor pendaftaran terlalu kecil. Wujud juga kesalahan tulisan tidak sesuai dan nombor terlalu rapat,” katanya. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here