Perodua jual 282,019 kenderan serta terima 2.6 juta servis pada 2022

353

Industri automotif Malaysia mampu memaksimumkan potensinya melalui tanggungjawab bersama untuk memenuhi jangkaan pelanggan dalam pelbagai aspek tahun lalu, menghasilkan rekod prestasi terbaik buat Perodua setakat ini.

Pengeluaran meningkat 49.5 peratus kepada 289,054 unit pada tahun lalu berbanding 193,400 unit pada 2021. Bagi jualan pula, ia menyaksikan peningkatan sebanyak 48.2 peratus kepada 282,019 unit berbanding 190,291 kenderaan yang didaftarkan pada 2021.

Selepas jualan menyaksikan jumlah pengambilan meningkat kepada 2.6 juta, iaitu kenaikan sebanyak 30% daripada 2.0 juta pengambilan servis pada 2021.



Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata 2022 terbukti tahun terbaik setakat ini buat Perodua secara khususnya dan industri automotif Malaysia amnya.

“Ini boleh dilihat pada prestasi pengeluaran dan jualan Disember 2022 kami, yang mana secara puratanya 1,000 kenderaan dikeluarkan dan didaftarkan setiap hari.

“Perodua dan rakan niaganya akan memberi tumpuan untuk memanfaatkan pertumbuhan yang dicapai setakat ini dan mengembangkan lagi kapasiti,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here