Bot penyelamat terdampar di Kuching dipercayai milik China

1266

Bot penyelamat yang terdampar di pantai Trombol berhampiran Kampung Telaga Air, Kuching dipercayai milik kapal kargo MV Lider Express dari China yang dilaporkan mengalami masalah teknikal ketika belayar di perairan Natuna, Indonesia.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus bagaimanapun, berkata pihaknya masih menunggu pengesahan daripada pihak terlibat. 



Jelasnya boy tersebut akan dipindahkan ke kawasan berdekatan di Telaga Air, untuk siasatan lanjut pihak Maritim Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Maritim Malaysia Negeri Sarawak menerima laporan berkenaan bot penyelamat yang dijumpai oleh penduduk kampung di sekitar pantai Trombol, Kuching pada petang, Rabu lalu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here