Seorang penumpang e-hailing berdepan pengalaman buruk gara-gara menyelaraskan beberapa tetapan dalan kabin kereta tanpa meminta persetujuan pemilik kenderaan.
Video TikTok berdurasi hampir tiga minit itu menunjukkan situasi tegang antara pemandu dan penumpang kerana menyentuh punat pelarasan pendingin hawa, kerusi dan tingkap.
Video yang dimuatnaik akaun @cseetoh15 itu secara jelas merekodkan aksi pemandu yang beberapa kali menjerit perkataan ‘thick skin’ yang bermaksud tidak tahu malu.
“Anda menyentuh pendingin hawa tanpa kebenaran saya. Anda sepatutnya bertanya kepada saya ‘bolehkah saya menurunkannya?’ kemudian saya akan benarkan anda melakukannya,” jerit pemandu itu.
Bagaimanapun, penumpang bernama Christopher See Toh itu menjelaskan dia mengalihkan tempat duduk kerana kakinya panjang yang memerlukan ruang tambahan.
@cseetoh15 ♬ original sound – Christopher See Toh – Christopher See Toh
Selain itu, dia juga menyelaraskan pendingin hawa kerana terlalu sejuk. Bercakap kepada Mothership, Seetoh memulakan perjalanan dari Sin Ming Drive ke Jalan Pantai Timur kira-kira jam 6:30 petang pada 7 Januari.
Jelasnya, situasi itu merupakan pengalaman pertama berrdepan dengan pemandu Gojek yang biadap. Berang dengan tindakan Seetoh, pemandu Gojek itu menghalaunya keluar dan enggan menghantar ke destinasi yang ditetapkan.
Boleh dilihat dia menuding jari telunjuk ke arah Seetoh supaya keluar dan jika enggan dianggap menceroboh. Bagaimanapun, Seetoh tidak menuruti arahannya dan menyuruh pemandu terseut menghantar ke destinasi yang ditempah.
“Orang minta awak keluar dari kereta tapi awak masih duduk. Thick skin! Orang suruh awak keluar, maksudnya keluar,” jerit pemandu itu.
Namun, akhirnya Seetoh terpaksa akur dan pemandu berkenaan menurunkannya di sebuah parkir terbuka dan membatalkan perjalanan di aplikasi.
Sebaik kenderaan berhenti, pemandu itu menjerit agresif meminta Seetoh keluar. Susulan kejadian itu, Seetoh melaporkan kejadian kepada polis dan Gojek. Jelasnya pihak Gojek membuat permohonan maaf dan akan mengambil tindakan serta memantau pemandu tersebut.