MMM catat 37.4 % peningkatan jualan 2022, Xpander crossover 7 tempat duduk Jepun terlaris No:1 di Malaysia

658

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mencatatkan peningkatan 37.4 peratus dengan menjual 24,017 kenderaan dari Januari hingga Disember 2022.

Secara keseluruhan, Mitsubishi Motors menduduki tempat ketiga dalam jualan kenderaan automotif bukan nasional dengan anggaran bahagian pasaran sebanyak 3.3 peratus.



Pencapaian jualan itu dibantu model Mitsubishi Xpander dengan 14,316 unit terjual dari Januari hingga Disember 2022, meningkat 93.5 peratus berbanding 2021. Ia menyumbang 59.6 peratus kepada keseluruhan jualan syarikat berkenaan, sekali gus menjadi crossover tujuh tempat duduk Jepun terlaris nombor satu di Malaysia.

Trak pikap Mitsubishi Triton pula mencatatkan 9,697 unit terjual dari Januari hingga Disember 2022. Ini adalah peningkatan jualan sebanyak 4.6 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2021. Justeru itu, Mitsubishi Triton mengekalkan kedudukannya kedua dalam segmen trak pikap, walaupun persaingan sengit.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, pihaknya berbesar hati untuk mencapai rekod prestasi jualan tertinggi pada 2022.

“Satu pencapaian penting Mitsubishi Motors Malaysia pada tahun lalu dengan meraikan  Triton jualan 100,000 unit di Malaysia sejak penubuhan MMM pada tahun 2005.

“Pada penghujung tahun lalu, Triton milik Pasukan Mitsubishi RALLIART adalah pemenang keseluruhan walaupun menjadi peserta kali pertama di  Asia Cross Country Rally (AXCR) pada November lalu.

Baca juga >> Pasukan Mitsubishi Ralliart juara AXCR 2022 – Pandu Triton spesifikasi hampir dengan kereta pengeluaran

“Jentera itu dibina berasaskan Triton semasa dengan hanya sedikit pengubahsuaian pada berat badan dan peralatan keselamatan untuk pertandingan. 

“Kini setiap pelanggan Mitsubishi Motors dapat merasakan DNA sukan permotoran dalam model mereka,” katanya.

Selain itu, beliau memaklumkan bahawa 91 peratus rakan kongsi perniagaannya menaik taraf cawangan mereka dengan identiti visual (VI) baharu untuk pengalaman pelanggan yang lebih baik.

Menurutnya, menjelang tahun 2023, Mitsubishi Motors sedang memulakan perubahan ke arah yang lebih baik, dan pengalaman pemilikan dengan standard tertinggi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here