Sebuah Perodua Axia berwarna merah dirakam mengikut rapat kenderaan depan bagi mengelak membayar tol di Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), berhampiran Seksyen 25, Shah Alam.
Tindakan itu membuatkan tiga individu dalam kenderaan tersebut popular sekelip mata selepas rakaman tular di media sosial.
Video berdurasi 15 saat itu dipercayai berlaku pada Ahad lalu dan dirakam oleh salah seorang pengguna lebuh raya tersebut.
Menerusi hantaran dimuat turun oleh seorang pengguna di Facebook itu memberitahu kadar tol di lokasi tersebut adalah hanya RM1.56 sen.
“Kejadian di Seksyen 24 Shah Alam menghala Kota Kemuning.
“Dalam kereta ada tiga makhluk Tuhan tapi tak mampu nak bayar,” katanya memaklumkan nombor plat kenderaan itu.
Hantaran itu mendapat maklum balas daripada pengguna lain yang menyatakan ketiga-tiga individu tersebut menjadi terkenal dalam sekelip mata.