Kutipan pendaftaran RM170k Toyota OutRun diserahkan kepada NCSM

516

Selepas vakum selama empat tahun, UMW Toyota Motor menganjurkan Toyota OutRun (2023) kedua Ahad lalu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Lebih daripada 4,300 peserta menyertai larian berkenaan bertemakan ‘All for One, Run for All’ seiring dengan visi baharu UMW Toyota Motor, Move Your World.



Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. said berkata pihaknya gembira menerima sambutan yang menggalakkan pada acara larian kedua berkenaan. 

“Sebagai sebahagian daripada komitmen CSR, kami bekerjasama dengan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) untuk inisiatif tahun ini yang mana 100 peratus daripada hasil pendaftaran sejumlah kira-kira RM170,000 akan didermakan kepada mereka,” katanya. 

Acara tahun ini dianjurkan pada skala yang lebih besar di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur merangkumi perlumbaan larian 5km dan 10km.

Toyota OutRun (2023) turut dimeriahkan dengan aktiviti perlumbaan, serta bengkel konkrit dan persembahan kumpulan De Fam, serta penampilan duta Toyota Yaris, Janna Nick.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here