Pandu Mercedes tapi kedekut, rakyat Singapura isi RON 95 di Puchong

855

Sejak sempadan Malaysia-Singapura dibuka, timbul isu rakyat negara jiran berkenaan mengisi minyak kereta menggunakan bahan api subsidi kerajaan.

Sikap tidak bertanggungjawab rakyat Singapura yang menggunakan bahan api RON 95 itu mengundang kecaman dalam kalangan rakyat Malaysia. 
 
Gambar hiasan
Selain itu, ada jua antara netizen mempertikaikan sikap sambil lewa kakitangan stesen minyak  yang tidak mengenalpasti kenderaan warga asing.
 

Bagaimanapun, ketika isu berkenaan sedang hangat diperkatakan di media sosial, seorang pekerja stesen minyak mendedahkan sikap licik rakyat Singapura mengaburi mata juruwang.

Walaupun, di stesen minyak sudah diletakkan memo tentang RON 95 hanya untuk rakyat tempatan namun masih ada lagi penduduk jiran yang ‘buta’ tentang undang-undang tersebut.
 



Akaun Facebook SG Road Vigilante berkongsi pemandu Mercedes Benz CLA 200 nombor plat Singapura mengisi petrol RON 95.
 
Hantaran tersebut menjelaskan kejadian berlaku di sebuah stesen minyak di bandar Puchong semalam pada jam 10.45 pagi.
 
“Mercedes Benz 200 nikmati RON 95 pada harga RM2.05 atau SGD 60 sen per liter,” tulisnya.
 
Tindakan pemilik kenderaan tersebut mengundang kecaman dalam kalangan netizen yang mana memandu kereta mewah namun kedekut untuk membayar petrol RON 97.
 
Selain itu, ada dalam kalangan rakyat Singapura yang mendakwa tindakan lelaki tersebut boleh memberi kesan kepada prestasi enjin kerana menggunakan Ron 95.
 
“Dia tidak tahu standard Malaysia 95 adalah sama dengan Singapura 92. Malaysia 97 adalah sama dengan Singapura 95. Malaysia V Power sama dengan Singapura 98. Semoga berjaya dia akan rosakkan Mercs,” tulis Bert Bert Picasso Liu.
 
Bagi stesen minyak yang membenarkan warga asing mengisi petrol menggunakan RON 95 boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961(Akta 122) dan (Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974).
 
Akta itu memperuntuk penalti tidak melebihi RM1 juta atau hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali terhadap individu manakala perbadanan atau syarikat berdepan denda tidak melebihi RM2 juta.
 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here