PANDU EV JARAK JAUH
CAJ DAN TEMPOH CAS
- Jam 9.29 pagi (Simpang Pulai, Ipoh); stesen cas Shell HPC: Durasi 19 minit dengan caj bayaran RM80.
- Jam 11.53 pagi (Caltex Bukit Gantang); stesen cas EVC_Caltex: Durasi 15 minit (11.951 kWh) dengan caj bayaran RM19.20.
- Jam 6.37 petang (Petronas R&R Gunung Semanggol SB); stesen cas Gentari: Durasi 21 minit (6.648 kWh) dengan caj bayaran RM11.
- Jam 8.44 malam (Petronas Jalan Sultan Azlan Shah); stesen cas EVC_PDB: Durasi 43 minit (41.412 kWh) dengan caj bayaran RM41.41.
Ruel memberi cadangan sebaiknya pengguna EV menghindari menggunakan Shell Recharge High Performance Charging kerana caj yang agak mahal. Selain itu, dia juga mengalami masalah dengan aplikasi Shell HPC.
BAZIR MASA DAN MAHAL?
Selain itu, dia juga menyatakan tidak perlu menunggu giliran pengecasan kerana slot yang kosong dan memastikan tempoh mengecas sekitar 20 minit.
“Hanya cas terakhir pada waktu malam tanpa ada orang saya lakukan selama 40 minit.
“Trafik juga lancar sepanjang perjalanan dan hanya sebahagian jalan sahaja sesak dalam tempoh yang pendek,” jelasnya.
Sementara bagi perjalanan pulang ke Damansara, Ruel menjelaskan dia berhenti di rehat dan rawat (R&R) Ulu Bernam menggunakan ChargEV.
Bagi menjawab persoalan pembaziran masa dan kos, Ruel berkata, “Jimat kalau charge sampai 100 peratus di rumah (~RM30). Lepas tu hanya perlukan dua top-up RM20 dekat stesen Gentari.
“Jumlah RM70 untuk 700+km yang memerlukan dua full-tank untuk Myvi saya (~RM110). Jimat RM40. Lagi best kalau kampung ada charger dekat rumah juga. Kos lagi murah,” tulisnya di ruangan komen.