Akaun Tiktok @promosiprotonperodua berkongsi video spesifikasi dokumen model akan datang Perodua Axia D74A yang bakal lancar tahun ini.
Menerusi informasi yang dikongsi hatchback kompak berkenaan bakal menerima empat varian yang dipadankan dengan transmisi CVT. Kesemua model Axia adalah:
- 1000 G CVT
- 1000 X CVT
- 1000 SE CVT
- 1000 AV CVT
Ini bermakna Perodua tidak lagi mengeluarkan pilihan kotak gear manual buat pengguna. Selain itu, dalam dokumen tersebut turut tersedia pilhan warna yang bakal ditawarkan iaitu:
- Ivory White
- Glittering Silver metallic
- Granite Grey metallic
- Lava Red metallic
- Coral Blue metallic
Perodua Axia adalah berasaskan model Toyota Ayga dan Daihatsu Ayla. Terdapat khabar angin yang kuat menyatakan model itu bakal menerima versi enjin turbo yang bakal lancar Mac ini di Indonesia.
Persoalannya adalah Axia juga bakal menerima enjin turbo?. Tidak diketahui lagi. Perodua Axia sedia ada didatangkan dengan enam varian pada harga bermula dari RM23, 367.