Honda Civic Type R FD2 untuk dijual, harga RM94k

3097

Honda Civic Type R (Honda Shibikku Taipuāru) ialah siri model hatchback/sedan berprestasi tinggi berasaskan Civic. 

Civic Type R pertama merupakan model ketiga yang menerima lencana Type R Honda (selepas NSX dan Integra).



Versi Civic Type R biasanya menampilkan badan yang ringan dan keras, enjin yang ditala khas, brek serta casis yang dinaik taraf selain hanya ditawarkan dalam transmisi manual lima atau enam kelajuan.

Jika ditanya Type R terbaik, salah satunya adalah Honda Civic Type R FD2. Ia merupakan model ketiga dalam barisan Honda Civic Type R selepas EK9 dan EP3.

Bahkan, setelah 16 tahun di pasaran, nilai model ini masih tinggi yang mana dijual sekitar RM100,000 hingga RM150,000.

MALAYSIA NEGARA PERTAMA LUAR JEPUN BAWA FD2R

Civic Type R FD2 diperkenalkan di Jepun pada 2007 dan tahukah anda hanya dua negara menerima model tersebut iaitu Malaysia dan negara kelahirannya.

Bahkan, pertama kalinya Honda Jepun melancarkan model JDM di negara luar. Didatangkan dengan 4-pintu, FD2 merupakan model Type R yang sering dicari penggemar jenama H. 

Ini kerana ia merupakan Civic Type R terakhir yang menggunakan enjin NA. Model selepas itu, FK2R sudah menggunakan enjin turbo. Bagi yang masih memiliki FD2R simpanlah dengan baik kerana ia dikeluarkan dalam unit yang terhad. 

Namun, jika anda mencari model tersebut, wakil jualan kenderaan dan alat ganti JDM, Torque GT memuatnaik unit jualan FD2R. 

DIJUAL PADA HARGA RM94K

Torque GT yang berpangkalan di United Kingdom (UK) tersebut menjual Honda Civic Type R FD2 pada harga GBP 17,990 (RM94,270).

Model tersebut merupakan keluaran 2007 dan didatangkan dengan warna badan Vivid Blue Pearl dan kabin berwarna Black Recaro.

Sementara itu, odometer pula merekodkan perbatuan 116,709km dan didatangkan dengan dua kunci, buku penyelenggaran Jepun dan UK serta buku servis asli.

Menurut Torque GT, jentera tersebut berada dalam keadaan baik dan diimport pada Ogos 2018.

Servis major dilakukan pada perbatuan 106,216km melibatkan servis injap, timing chain, penutup injap dan baik pulih rim.

Selain itu, Civic Type R tersebut didatangkan dengan aksesori kotak udara Mugen, ekzos Mugen, peredam belakang Koni, lip depan replika Js dan head unit UK.

Jika dibandingkan dengan model Civic Type R sebelumnya iaitu EP3, FD2R lebih besar, lebar, dan berat. Namun, ia disokong dengan enjin yang lebih berkuasa.

Jentera ini dikuasakan dengan enjin K20A i-VTEC yang menghasilkan kuasa sebanyak 221hp dan tork 215Nm bersama kotak gear manual 6-kelajuan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here