Perodua sasar jualan lebih tinggi tahun ini

566

Perodua tahun ini menyasarkan pengeluaran sebanyak 330,000 unit dan jualan 314,000 unit iaitu peningkatan masing-masing 14.2 peratus dan 11.3 peratus berbanding 2022. 

Sasaran tersebut adalah berdasarkan tempahan tertunggak tahun lalu dan permintaan  tahun ini.

Zainal Abidin Ahmad

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata tahun ini menawarkan peluang emas buat Perodua yang mana pelanggan masih memiliki keyakinan dalam pasaran automotif.



“Tambahan lebih daripada separuh volum sasaran kami daripada tempahan tahun lalu yang masih belum diselesaikan.

“Kapasiti pengeluaran tahunan Perodua Manufacturing dan Perodua Global Manufacturing adalah 320,000 unit dengan dua shift, kami masih boleh tingkatkan volum dengan menambah produktiviti dan kerja lebih masa (OT),” jelasnya.

Bagi memuhi sasaran 2023, Perodua memperuntukkan RM10 bilion bagi membeli alat ganti daripada pembekal lokal.

Selain itu, Zainal juga berkata Perodua memperuntukkan RM1.15 bilion bagi menambahbaik operasi syarikat merangkumi peningkatan perniagaan Pra Milik Kenderaan (POV) dan langganan terutamanya selepas maklum balas positif daripada pelancaran Ativa Hybrid September tahun lalu. 

“Kami juga memperuntukkan RM537.1 juta untuk pembangunan model baharu dan RM247.1 juta bagi memperluaskan operasi termasuklah naiktaraf pusat servis 1S dan 2S kepada 3S.

“Tahun ini, kami menyasarkan peningkatan servis dari 2.6 juta tahun lalu kepada 2.8 juta tahun ini. Pertumbuhan ini gabungan penambahbaikan waktu servis dan juga meningkatkan ruangan servis seluruh negara,” katanya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here