Tempahan Perodua Axia kini dibuka

1210

Pelancaran Perodua Axia (2023) semakin hampir apabila tempahan hatchback kompak tersebut kini dibuka.

Menggunakan platform baharu Daihatsu New Global Architecture (DNGA), Axia didatangkan dengan empat pilihan varian iaitu G, X, SE dan AV.



Sayangnya, model dengan kod D27A itu tidak didatangkan dengan turbo seperti mana anda harapkan. Perodua memilih enjin 1.0 liter 1KR-VE 3-silinder VVT-i dengan kuasa 67hp tork 91Nm.

Perubahan paling besar adalah bahagian kotak gear yang mana kini didatangkan dengan kotak gear D-CVT menggantikan transmisi tork konverter 4-kelajuan. 

Kesemua varian didatangkan standard dengan ciri keselamatan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) bersama Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan Kawalan Cengkaman (TRC). 

Selain itu, Perodua Axia serba baharu didatangkan dengan Perodua Smart Drive Assist, lampu depan LED dan lampu nyala siang, masuk tanpa kunci, mod pemanduan Power dan enam beg udara merangkumi bahagian pemandu, penumpang sisi dan tepi.

Selain itu, varian tertinggi (AV) menerima skrin audio 9-inci dan paparan meter TFT 7-inci serta kemasan kerusi separa kulit dwi tona. 

Axia didatangkan dengan lima pilihan warna iaitu Ivory White, Glittering Silver, Granite Grey, Lava Red danCoral Blue (warna baharu). Harga Axia dianggarkan antara RM38,600 dan RM49,500 (tanpa insurans).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here