Perodua Axia generasi baharu tiada versi manual?

796

Ada yang tertanya-tanya, adakah Perodua sudah tidak menawarkan Axia generasi serba baharu dengan transmisi manual.

Berdasarkan kenyataan akhbar yang diedarkan oleh Perodua, syarikat berkenaan membuka tempahan untuk Axia serba baharu.

Ia hanya ditawarkan dengan empat varian membabitkan G, X, SE dan AV. Semuanya ditawarkan dengan transmisi DCVT dan tidak mempunyai kotak gear manual.



Menjawab persoalan itu, Presiden dan Ketua Pegawai eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad memaklumkan bahawa varian manual masih lagi releven, tetapi ia dilancarkan secara berasingan.

Menurutnya, Perodua Axia manual dijangka akan melancarkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. 

Sebagaimana varian automatik, versi berkenaan turut menerima penambahbaikan berbanding model terdahulu. 

Semua varian Axia menggunakan khidmat enjin aspirasi biasa 1.0 liter berkuasa 67PS dan tork 91Nm. 

Lebih menarik lagi, Axia manual tidak terhad kepada pengusaha sekolah memandu sahaja. Ini kerana Perodua turut menawarkannya kepada sesiapa yang berminat, terutama  penunggang motosikal yang mahu mendapatkan sebuah kereta mampu milik. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here