Tak sangka tular kurang tempoh 24 jam, ini penjelasan penjual Shoei J-Force 2 Jack Yellow RM86k

1328

Seorang wanita baru-baru ini mencetuskan kekecohan di media sosial apabila didakwa sanggup membelanjakan RM86,000 bagi memiliki Shoei J Force 2 Jack Yellow.

Kisah tersebut dikongsi akaun Facebook FT Garage Racing, yang menjual pelbagai peralatan menunggang, termasuk topi keledar, sarung tangan dan baju hujan dengan harga serendah RM10 hingga ribuan ringgit.



FT Garage Racing juga tidak menyangka perkongsian tersebut  tular dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

“Kami tak terlintas difikiran untuk buat content viral benda ni . Lumrah customer mai kedai kitorang share macam biasa dekat socmed.
 
“Cuma kali ni special sikit sebab sepanjang FT berada di industri riding gear, ini kali pertama kami jual helmet semahal RM86k sebiji . Sold dalam masa 24 jam dari barang landing.
 
“Helmet JF2 Jack Kuning ni pulak, ini kali ke dua FT jual. Satu pada tahun 2014 tak silap. Sold sekitar RM30k, arwah Fauzi yg jual.
 
“Yang ni kali ke dua setelah 8-tahun, sold 86k dari team FT Penang @apitducados . Helmet ni kat Malaysia ada dalam 6 hingga 7 biji saja,” jelasnya. 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here