6 maut van dinaiki terbabas turun dari Genting Highlands

1746

Enam maut selepas van dinaiki terbabas dan melanggar penghadang jalan ketika turun dari Genting Highlands di KM4.8 Jalan Genting Highlands, Pahang, petang tadi.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata kejadian kira-kira jam 1.15 petang itu berlaku ketika van yang dinaiki 15 orang sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.

“Seramai enam orang yang terdiri daripada lima perempuan dewasa dan satu lelaki dewasa meninggal dunia manakala mangsa lain mengalami kecederaan.



“Semua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis dan mangsa yang cedera dihantar ke hospital,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here