Beza dimensi Perodua Axia lama vs baru, ini perinciannya

6609

Ramai yang bertanya, adakah Perodua Axia generasi baharu ini sama besar dengan Myvi.

Sebenarnya, tidak. Anda kena tahu bahawa Axia sebenarnya diposisikan di bawah Myvi. Jadi semestinya ia tidak boleh besar daripada Myvi.

Untuk memudahkan anda mengetahui berapa besar Axia baharu ini, kami sediakan jadual di bawah untuk membuat perbezaan. Ini beza Perodua Axia lama vs baru

  Axia Lama Axia Serba Baharu Myvi
Panjang (mm) 3,645 3,760  3,895 
Lebar (mm) 1,620 1,665  1,735
Tinggi (mm) 1,510 1,495  1,515
Jarak roda (mm) 2,465 2,525  2,500
Ground clearance 170 150  140
Berat badan mengikut varian (kg)
  • AV: 860
  • SE:865
  • G,GX: 850
  • E:825

 

  • AV: 890
  • SE: 885
  • X:870
  • G:865
  • AV: 1,025
  • H: 1,020
  • X: 1,010
  • G: 985

 

 

Beza Perodua Axia lama vs baru

Selain itu, ia masih menggunakan enjin iaitu 1.0 liter 1KR-VE dengan DVVT cuma dipadankan kotak gear baharu D-CVT. Padanan transmisi baharu itu membuatkan kenderaan kompak itu lebih jimat minyak sehingga 8 peratus berbanding model dahulu. 

Pada masa sama, Axia serba baharu dikatakan mempunyai tindak balas stereng lebih baik, selain pengendalian lebih bagus sehingga 15 peratus berbanding model lama. 

Suspensi juga sudah dipertingkatkan di mana Perodua mengatakan bahawa Axia baharu ini lebih selesa kita melalui jalan tidak rata serta kedapan bunyi lebih baik berbanding model sebelumnya.

Harga Perodua Axia mengikut varian

Perodua Axia G: RM38,600
Perodua Axia X: RM40,000
Perodua Axia SE: RM44,000
Perodua Axia AV: RM49,500

Galeri Gambar Perodua Axia 2023

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here