Perodua dedah siapakah profile pembeli Axia

1196

Perodua baru sahaja melancarkan generasi kedua Axia secara rasminya untuk pasaran Malaysia.

Bagi Perodua, mereka mempunyai kriteria yang sesiapa yang sepatutnya membeli model Axia baharu itu

Sasaran pembeli Axia, Perodua mengatakan adalah pembeli muda yang mahu memiliki kereta pertama mereka. Selain keluarga muda yang memerlukan untuk kereta kedua.



Profile pembeli Perodua Axia

  • Pertama: Pendapatan antara RM3,000 sehingga RM5,000 sebulan 
  • Kedua : Tidak mempunyai anak
  • Ketiga: Pembeli kereta yang pertama
  • Keempat: Mereka yang mencari kenderaan yang murah, jimat minyak dan untuk kegunaan persendirian

Perodua Axia ditawarkan empat varian membabitkan G, X, SE dan AV, yang menggunakan enjin 1.0 liter dengan transmisi D-CVT. 

Selain itu, ia masih menggunakan enjin iaitu 1.0 liter 1KR-VE dengan DVVT cuma dipadankan kotak gear baharu D-CVT. Padanan transmisi baharu itu membuatkan kenderaan kompak itu lebih jimat minyak sehingga 8 peratus berbanding model dahulu. 

Tahap penggunaan bahan apinya pula mampu mencatatkan 27.4km/l dengan Perodua mendakwa ia mampu dipandu dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kurang RM28 untuk harga minyak (harga minyak RON95 RM2.05 seliter).

Pada masa sama, Axia serba baharu dikatakan mempunyai tindak balas stereng lebih baik, selain pengendalian lebih bagus sehingga 15 peratus berbanding model lama. 

Suspensi juga sudah dipertingkatkan di mana Perodua mengatakan bahawa Axia baharu ini lebih selesa kita melalui jalan tidak rata serta kedapan bunyi lebih baik berbanding model sebelumnya.

Ia ditawarkan dengan lima pilihan warna membabitkan biru, merah, perak, kelabu dan putih.

Harga mengikut varian

  • Perodua Axia G: RM38,600
  • Perodua Axia X: RM40,000
  • Perodua Axia SE: RM44,000
  • Perodua Axia AV: RM49,500

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here