Toyota Hilux hanyut, ditemukan dalam saluran pembentung

560

Sebuah Toyota Hilux ditemukan dalam saluran pembentung di Pekan Donggongon, di sini, dipercayai dihanyutkan arus deras akibat banjir pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada pemilik memaklumkan dia meletak kenderaan berkenaan di kawasan parkir berhampiran sebelum itu.

“Disebabkan arus deras akibat banjir, kenderaan itu dihanyutkan sehingga ke dalam pembentung. Laporan polis dibuat semalam oleh pemilik kenderaan itu sendiri,” katanya.



Mohd Haris berkata, usaha mengeluarkan kenderaan itu akan dilakukan oleh pemiliknya.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar yang menunjukkan kenderaan itu tersadai di dalam pembentung di jalan menuju ke Bulatan Sigah, di sini, pagi tadi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here