Shell Malaysia memperkenalkan Shell FuelSave 95 baharu, kini memberikan sehingga 15 kilometer (km) lebih jauh untuk setiap tangki penuh.
Pelancaran minyak baharu itu menggambarkan komitmen syarikat berkenaan dalam inovasi dan pembangunan produk mobiliti yang lebih baik agar perjalanan kehidupan pelanggan lebih baik.
Pengurus Besar Mobiliti Shell Malaysia, Seow Lee Ming berkata, Shell sentiasa berinovasi dan menambah baik tawaran supaya pelanggan mendapatkan perjalanan yang terbaik.
“‘Better By Far’ adalah komitmen kami untuk tidak berhenti dan terus berinovasi dalam menawarkan penyelesaian mobiliti baharu.
“Shell FuelSave 95 baharu kini memberikan sehingga 15KM lebih jauh untuk setiap tangki supaya pelanggan menikmati perjalanan yang lebih jauh,” katanya.
Hasil usaha penyelidikan dan pengujian selama lebih 5 tahun oleh 150 saintis bahan api membawa kepada pelancaran bahan api generasi baru ini, yang ternyata lebih baik.
Dengan formulasi terkini, Shell FuelSave 95 baharu kini:
- Memberikan sehingga 15KM lebih jauh dengan setiap tangki, agar anda dapat menikmati perjalanan yang lebih jauh.
- Pembersihan secara mendalam untuk enjin yang lebih bersih. Ia kini dengan teknologi sasaran deposit dapat membersih dengan lebih mendalam berbanding sebelumnya.
- Perlindungan jauh lebih baik untuk semua jenis enjin. Mampu melindungi semua jenis enjin daripada hakisan dan pembentukan deposit baru.
- Dicipta untuk teknologi baharu dan lama. Berkebolehan melindungi bahagian kritikal enjin sama ada berteknologi lama, baharu atau hibrid .
Sejauh mana 15KM? 15KM lebih jauh merupakan jarak Jambatan Pulau Pinang yang pertama.
Lebih menarik lagi, mulai 1 Mac sehingga 30 April, bersama rakan kerjasama kami di VISA dan BonusLink. Seramai 150 rakyat Malaysia berpeluang memenangi minyak percuma selama 15 bulan apabila mereka mengisi RM50 Shell FuelSave 95 baharu.