Toyota Hilux GR Sport, varian yang tersangat ‘handsome’, harga RM159,880

1131

Jika Toyota Hilux Rogue masih tidak lagi menarik, kini satu lagi varian yang ditunggu-tunggu iaitu Hliux GR Sport dan masuk pasaran Malaysia.

Lebih menarik, Hliux GR Sport berorientasikan selepas menerima manfaat daripada pengalaman GAZOO Racing dalam sukan permotoran, terutamanya Rali Dakar.

Dari segi spesifikasi, ia sama dengan Hilux Rogue. Cuma Hilux GR Sport didatangkan dengan gril hadapan baharu bersama bingkai gril dan overfender yang disiapkan dalam warna badan. 



Kemasan hitam pada lampu kabus, cermin pintu dan bar untuk imej yang lebih berani serta sporty.

Hadir rim aloi 18-inci reka bentuk eksklusif untuk Hilux GR Sport, dipasang dengan tayar Highway Terrain  265/60R18. Di belakang roda, kaliper untuk brek cakera hadapan dicat merah dan disertakan dengan Logo GR.

Ada tiga pilihan warna membabitkan:

  • Super White II
  • Attitude Black Mica
  • Crimson Spark Red Metallic 

Prestasi pemanduan turut dipertingkatkan dengan sistem suspensi menggunakan penyerap hentak monotube khusus dan spring gegelung yang ditala semula. 

Daya redaman yang lebih tinggi dan keseimbangan suspensi depan-belakang yang optimum memberikan pengendalian yang cemerlang, peningkatan kestabilan semasa selekoh dan tindak balas stereng yang tepat.

Kini ada paddle shifters

Eksklusif untuk Hilux GR Sport ialah paddle shifters ini menandakan kali pertama Hilux mempunyai ciri sedemikian. Tempat duduk hadapan yang mempunyai struktur berbeza untuk rasa lebih sporty. Ia ditutup dengan bahan tempat duduk kulit gabungan suede.

Seperti varian GR lain, kemasan jahitan merah boleh dilihat dalam ruang kabin dengan logo GR pada tempat letak kepala, stereng berbalut kulit dan butang penghidup enjin dan kunci pintar. 

Meter Optitron pada panel instrumen mempunyai tema GR dengan aksen merah dan animasi alu-aluan GR. Pedal sukan aluminium juga dipasang untuk varian ini.

Hilux GR Sport dikuasakan oleh enjin diesel turbo 1GD-FTV 4-silinder terbukti yang menghasilkan 204 PS pada 3,400 rpm dan menjana 500 Nm tork puncak antara 1,600 dan 2,800 rpm.

Pacuan itu terdiri daripada Transmisi Automatik Kawalan Elektronik 6-kelajuan dengan Berjujukan Shift dan sistem pacuan empat roda.

Toyota Safety Sence

Seperti Hilux Rogue, Hilux GR Sport juga dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS), satu set sistem keselamatan aktif yang membantu pemandu dan juga boleh mengambil tindakan pencegahan secara autonomi seperti membrek jika berlaku perlanggaran.

Memandangkan Hilux GR Sport adalah kenderaan berbadan panjang, ia dilengkapi sensor undur serta kamera undur untuk membantu pemandu semasa meletak kenderaan.

Panoramic View Monitor (PVM) pilihan menyediakan pandangan 360 darjah menggunakan 4 kamera yang dipasang di sekeliling kenderaan. Ini boleh menjadi sangat berguna semasa meletak kereta, terutamanya di kawasan yang sempit.

Harganya, ia dijual bermula RM159,880.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here