TNB, PLUS sedia 18 pengecas EV tahun ini

590

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Lebuhraya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menyediakan 18 kemudahan pengecas TNB Electron bagi kemudahan kenderaan elektrik (EV) menjelang akhir tahun ini.

Kolaborasi bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ini bakal tersedia di sembilan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) lebuh raya Utara-Selatan.

Sehingga kini, kemudahan pengecas TNB Electron sudah beroperasi di tiga R&R iaitu Ayer Keroh (Arah Utara), Tapah (Arah Utara) di Lebuhraya Utara-Selatan dan Paka (Arah Utara) di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).



Manakala, enam lagi sedang dibangunkan di R&R Machap (Arah Selatan), Rawang (Arah Utara), Gunung Semanggol (Arah Selatan), Gurun (Arah Utara dan Selatan) dan Paka (Arah Selatan).

Penambahan kemudahan ini adalah sejajar dengan aspirasi negara menuju ke arah neutral karbon.

Penggunaan tenaga elektrik di sembilan TNB Electron dianggarkan sebanyak 99,000 kWh elektrik sepanjang 2023 akan dapat menghindari pelepasan 7.2 tan metrik karbon dioksida dalam tempoh yang sama bersamaan dengan pemerangkapan gas rumah hijau oleh 8.5 ekar hutan setahun. 

Oleh demikian, beberapa inisiatif turut dilaksanakan dengan tumpuan memperluaskan lagi penyelesaian kWh, kenderaan elektrik, Tenaga Boleh Baharu serta inisiatif tenaga hijau termasuk pemasangan bumbung solar dan sistem pemantauan tenaga sebagai pelengkap inisiatif Kelestarian Alam Sekitar PLUS.

PLUS dan TNB akan meneruskan perbincangan berkaitan mobiliti rendah karbon dan meningkatkan kecekapan tenaga dengan mengoptimumkan kos elektrik di samping menyokong sumber tenaga hijau pada masa akan datang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here