Edaran Modenas Sdn Bhd (Emos), anak syarikat Modenas akan memberikan Kotak Ulang Tahun Z Edisi Terhad (Z-Box) kepada 300 pemilik pertama Modenas Z250 baharu.
Dengan pembelian Modenas Z250, pembeli akan menerima kotak Z-Box yang mengandungi satu unit buku Z Chronicles, sehelai baju-T Z dan sepasang sarung kepala Kawasaki.
Pengedaran kotak ulang tahun ini adalah sempena 50 tahun kejayaan siri Kawasaki Z yang mana telah terjual sebanyak 2,571,000 unit di seluruh dunia sejak 1972 sehingga tahun lalu.
Kejayaan penjualan jenama Kawasaki bagi Z1 ni, sekaligus menjadikan ia jenama motosikal terbaik dari Kawasaki.