[Video] Polis buru rider lawan arus, tunggang melulu dan provokasi pengguna jalan raya

1100

Susulan satu video yang tular semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching mencari pemuda yang menunggang motosikal secara melulu dan melakukan provokasi kepada pengguna jalan raya.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata video berdurasi 2 minit 59 saat itu menunjukkan kejadian berlaku di Jalan Tabun Tranquality dan pemuda tersebut menunggang motosikal dengan nombor pendaftaran QAB649B.



“Lelaki berkenaan tidak memakai topi keledar menunggang secara melulu, melawan arus dan melakukan provokasi kepada pengguna jalan raya lain.

“Kejadian dipercayai berlaku pada 25 Febrauari lalu pada jam kira-kira 3.10 petang,” jelasnya.

Sehingga kini masih belum ada laporan polis dibuat berkaitan video berkenaan dan pihak polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here