Isu pelarian Rohingya sehingga hari ini masih tiada kesudahan sehingga mengundang perdebatan dalam kalangan rakyat sendiri.
Ditambah ada dalam kalangan pelarian ini yang melanggar undang-undang negara dengan meminta sedekah, membuka kedai sendiri dan sebagainya.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok berkongsi ada antara mereka berlagak samseng menjadi ulat parkir sekitar Jalan Petaling, Kuala Lumpur.
“Rohingya berani ambil duit parking dekat KL, dah bagi peha nak betis pula,” tulis akaun TikTok @apek88luke.
Difahamkan, warga asing berkenaan mengenakan bayaran RM20 untuk setiap kenderaan yang ingin menggunakan kawasan parkir tersebut.
@apek88luke Dah bagi peha nak betis plakk Rohingya ni..
Dalam video berkenaan juga pemilik video sempat memberi amaran kepada lelaki Rohingya itu agar tidak merosakkan keretanya kerana enggan membayar caj parkir.
[…] Lagi warga asing buat hal, kali ini berlaku di Zoo Negara. Tindakan mengenakan caj parkir di bahu jalan dan bukannya di dalam kotak parkir mengundang kecaman orang ramai. […]