Nissan Almera dipandu terlibat kemalangan, polis buru pengedar 500kg daun ketum

767

Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki pengedar 500kg daun ketum yang melarikan diri selepas terlibat dalam kemalangan di Kampung Chedok, Bukit Bunga di Tanah Merah, Kota Bharu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 pagi itu, suspek yang berusia 20 tahun memandu Nissan Almera melarikan diri ke dalam hutan belukar selepas merempuh Perodua Viva.



Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian itu menyebabkan Perodua Viva yang sedang dalam perjalanan dari arah Tanah Merah ke Jeli terbabas ke dalam parit.

Suspek terus melarikan diri meninggalkan kereta yang dipandunya di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan di dalam kereta tersebut telah menemui sebanyak 500 kg daun ketum yang diangggarkan bernilai RM5,000.

“Menerusi nombor pendaftaran kereta terbabit, polis dapat mengesan rumah suspek di Merbok, Jedok di Tanah Merah. Siasatan mendapati, kereta terbabit telah dijual kepada adiknya sebelum dia bertolak ke Johor,” katanya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here