Pemandu Perodua Myvi maut rempuh lori muatan kelapa sawit

881

Seorang lelaki maut selepas Perodua Myvi yang dipandu merempuh sebuah lori di KM13, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Ladang TDM Pelantoh, Kemaman. 

Dalam kemalangan pada jam 2.15 petang itu, mangsa, Mohd Shahrul Nizan Kamarudin, 30, yang berasal dari Bandar Seri Bandi maut akibat kecederaan parah pada bahagian badan.



Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata sewaktu kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Jerangau, Dungun dari Jabor. 

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Myvi dipandu mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah lori treler membawa muatan anak kelapa sawit,” katanya.

Mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu dikeluarkan dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here