Lagi warga asing buat hal, kali ini berlaku di Zoo Negara. Tindakan mengenakan caj parkir di bahu jalan dan bukannya di dalam kotak parkir mengundang kecaman orang ramai.
Situasi itu dikongsi akaun TikTok @mrredzul yang menunjukkan dua orang warga asing mengenakan bayaran RM10 terhadap pemandu yang meletakkan kenderaan di tepi jalan tersebut.
@mrredzul Di tepi jalan sekitar Zoo NEGARA. menunggu tidak boleh ? parking boleh , RM 10 ! @mpajofficial #fypシ゚viral #fypシ #fypindonesia #fypage #fypageシ #fyppppppppppppppppppppppp #fypviral #fypforyou #fypforyoupage #fypinfo #fypsounds #fypsarawak #fypmalaysia #fyptiktok #fypdongggggggg #fyp
Boleh dilihat juga salah seorangnya memegang resit bayaran parkir. Jelas perakam video kenderaan tidak dibenarkan menunggu di kawasan berkenaan bagaimanapun meletakkan kenderaan dibolehkan.
“Parkir tepi jalan, area Zoo Negara arahan daripada pihak Zoo Negara mohon Majlis (Majlis Perbandaran Ampang Jaya) siasat,” katanya yang meminta pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan.
Perkongsian itu mengundang kecaman netizen yang mana kebanyakan meminta perakam video membuat laporan selain berkongsi pengalaman turut dikenakan bayaran di kawasan berkenaan.
“Kamipun kena cuti krismas lekpas…dah lah tak ada resit, bila dah penuh keta park kat tepi jalan diaorangpun hilang tah kemana,” norazilah969151.
“Betul..aritu pun terkena, parking tepi jalanje,” zurahamad800
“Hari tu aku bayar RM15 kat situ,” Daniel_DX
“Dah makin melampau betul tunggu dalam kete tak boleh parking tepi jalan kena bayar RM10 bila kena towing mereka lepas tangan, MPAJ tolong ambik action immediately,” harum_manis3737.