Kia Sorento 2023 lancar di Malaysia: Tawar 3 varian dengan 2 enjin, harga bermula RM211,498

1401

Sejak melakukan debut global pada tahun 2002, Kia Sorento 2023 menjadi antara model paling laris Kia. Ia juga merupakan bukti keupayaan Kia dari segi reka bentuk dan kejuruteraan SUV. 

Justeru itu, pengedar kenderaan Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors secara rasmi melancarkan SUV terbaharu itu untuk pasaran tempatan. 



Bagi memberi pilihan yang lebih banyak dan mampu milik, SUV itu hadir sebagai model pemasangan tempatan (CKD) dengan tiga varian membabitkan:

  • Kia Sorento 2.5L 2WD (7 tempat duduk) – RM211,498
  • Kia Sorento 2.5L AWD (6 tempat duduk) – RM235,498
  • Kia Sorento 2.2L Diesel 2WD (6 tempat duduk) – RM255,228 

Rekaan garisan tajam

Dari segi dimensi, panjangnya dengan 4,810mm, lebar 1,900mm, tinggi 1,700mm dengan jarak antara roda  2,815mm. Jentera itu didatangkan dalam dua susun atur tempat duduk iaitu tujuh dan enam tempat duduk.  

Ia tampil dengan rekaan Kia terkini yang terdiri daripada rekaan garis-garis tajam. Selain rekaan gril LED hidung harimau moden, selain diserlahkan lagi dengan lampu belakang yang diposisikan secara menegak dan terpisah.

Lampu utama disepadukan bersama lampu nyalaan siang (DRL) LED. Rekaan bahagian hadapan itu nampak semakin garang dengan corong pengambilan udara lebar, spoiler dan skid plate. Ia juga ditawarkan dengan rim 18 atau 19 inci bergantung kepada varian yang dipilih. 

Ruang kabin ‘Functional Emotions’

Ruang kabin menampilkan susun atur papan pemuka yang menerapkan bahasa rekaan ‘Functional Emotions’. Tampil mewah dengan menggunakan material berkualiti tinggi, selain upholsteri kulit, kemasan kayu dan metalik. 

Hadir dengan skrin infotainmen bersaiz 10.25 inci dengan sistem audio Bose bersama ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Selain itu, ditawarkan pad pengecasan tanpa wayar di konsol tengah dan skrin kluster instrumen 12.3 inci.

Mengecas peranti pintar pasti lebih mudah dengan adanya empat slot USB untuk penumpang di baris kedua dan ketiga. Bagi membuatkan lebih mewah, Kia Sorento baharu hadir lampu ambien.

Dua rangkaian kuasa

Kia Sorento 2023 ditawarkan dua pilihan enjin dan susun atur tempat duduk. Varian tujuh tempat duduk (2-3-2) menggunakan enjin petrol Smartstream 2WAD berkapasiti 2.5 liter MPi aspirasi biasa (NA). Ia mampu menyalurkan 177hp dan tork 232Nm dengan dipadankan transmisi automatik enam kelajuan.

Bagi varian konfigurasi enam tempat duduk (2-2-2), ia hadir dengan dua pilihan enjin iaitu 2.5L ‘Smartstream’ AWD petrol dan 2.2L ‘Smartstream’ AWD diesel. Enjin diesel CRDi menyalurkan output 199hp dan 441Nm dengan kotak gear automatik lapan kelajuan klac berkembar. 

Varian diesel juga hadir dengan ciri Terrain Mode untuk memberi lebih kawalan serta kestabilan ketika berada di atas laluan berlumpur, berpasir dan bersalji. 

Ciri keselamatan

Dilengkapi ciri-ciri standard seperti 6 beg udara, ABS, EBD, Brake Assist (BA), Electronic Stability Control (ESC), Traction Control System (TCS), Multi-Collision Brake Control (MCB), Hill-start Assist Control (HAC) dan ISOFIX.

Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan ciri lain membabitkan:

  • High Beam Assist (HBA)
  • Blind-Spot Collision Warning (BCW)
  • Blind-spot Collision Avoidance (BCA)
  • Blind-spot View Monitor (BVM) untuk varian 2.5L ‘Smartstream High dan 2.2D Smartstream High
  • Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist (RCCA)
  • Lane Keeping Assist (LKA)
  • Drive Attention Warning (DAW)
  • Forward Collision-Avoidance Assist (FCA) dengan Junction Turning)
  • Lane Following Assist (LFA) dan Smart Cruise Control

Sorento 2023 didatangkan dalam lima pilihan warna iaitu biru, kelabu, putih mutiara, perak dan hitam. Penyerahan SUV itu dijangka bermula pada Mac 2023.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here