Netizen Singapura ‘geram’ rider Malaysia parkir laluan pejalan kaki berbumbung

557

Seorang pengguna media sosial Singapura meluahkan rasa tidak puas hati apabila segelintir rakyat Malaysia yang meletakkan motosikal di kaki lima negara jiran tersebut.

Luahan itu dikongsi pada Facebook SGRV Front Man dengan kapsyen “Motor #JTT1652 tak patuh undang-undang #Malaysia, saman bernilai $778 (RM2589) sejak 17/02/2020 terus meletak kenderaan secara haram di laluan pejalan pejalan kaki berbumbung.”



Menerusi imej yang dikongsi memaparkan motor dengan nombor pendaftaran Johor itu diletakkan di laluan pejalan kaki sehingga mengganggu pengguna yang lain. 

Di ruangan komen, netizen Singapura mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang masih membenarkan kenderaan Malaysia dengan rekod saman yang banyak memasuki negara tersebut.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia mengajukan persoalan yang sama kepada netizen Singapura selain membangkitkan isu tentang rakyat mereka yang sering mengisi bahan bakar RON 95. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here