Pemilik MPV mewah parkir laluan pejalan kaki

628

Seorang pengguna laluan pejalan kaki berang apabila sebuah MPV mewah diparkir secara haram di sekitar taman Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Menurut akaun Twitter @monkeydisease, Toyota Alphard itu diparkir di laluan pejalan kaki sehingga memaksa pengguna mengelak kenderaan tersebut. 



“Wow, Alphard nombor plat JUT4 tetapi tiada duit nak parkir kereta di tempat sepatutnya.

“Cerita sedih, saya perlu lalu di jalan raya bersama anak yang berada dalam kereta sorong. Kalau saya bawa kerusi roda pula bagaimana?,” tulisnya.

“Saya harap kewangan mereka menjadi lebih baik supaya boleh meletak kereta dengan selesa di tempat letak kereta dan supaya pejalan kaki dapat kembali ke laluan mereka,” tambahnya.

Dia juga menyatakan tindakan tersebut memalukan sedangkan terdapat dua parkir terbuka sekitar 10 minit dari taman dan KLCC.

Di ruangan komen mendapati ramai mengecam pemilik kenderaan terbabit yang menyusahkan pengguna laluan pejalan kaki.

“Pada masa akan datang, tolong hubungi DBKL untuk servis tunda atau majlis perbandaran kawasan anda supaya mereka boleh menunda mana-mana kenderaan yang menghalang laluan pejalan kaki.”

“Mungkin orang kaya tidak letak kereta di parkir lot, sebab mereka mampu bayar saman.”

“Sama macam kawasan kondominium saya. Mereka mampu beli rumah tetapi tidak mampu beli tempat letak kereta. Balik dari kerja mesti semuanya kereta import diletakkan di tepi jalan.”

 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here